Translate

Ahad, 26 April 2015

Proses Hidup Tumbuhan

Tumbuhan mempunyai ciri khas bagi melindungi diri mereka. Contoh:Pokok buluh, daun tebu dan lalang.Mempunyai bulu halus.Bulu halus itu menyebabkan kegatalan dan kecederaan kepada musuh.Kawan-kawan tedapat banyak lagi cara untuk tumbuhan melindungi diri daripada musuh.Selain itu,tumbuhan juga boleh menyesuaikan diri terhadap iklim dan musim seperti pokok kaktus.Pokok kaktus mempunyai akar yang panjang.Akar yang tumbuh panjang ke dalam tanah membolehkannya menyerap air dengan lebih baik.Tumbuhan juga mempuyai pelbagai cara untuk pencarkan biji benih antaranya ialah melalui air,melalui angin,melalui manusia dan haiwan dan mekanisme letupan 'BOOM'.Pencaran biji benih adalah penting untuk tumbuhan untuk memastikan kemandirian spesiesnya.Ciri-ciri untuk tumbuhan yang dipencarkan melalui air ialah mempunyai sabut berongga,kalis air dan mempunyai pudung.Manakala untuk angin pula ia mempunyai struktur seperti sayap,ringan dan kecil,untuk melalui manusia dan haiwan pula ia mempunyai warna yang menarik,bau yang harum dan yang paling penting boleh dimakan dan akhir sekali mekanisme letupan mempunyai warna yang tidak menarik dan apabila ia merekah,menjadi kering atau menggulung ia akan meletup 'BOOM'.

Jumaat, 24 April 2015

Operasi bergabung

Pada hari ini, kita akan belajar tentang operasi bergabung.Operasi bergabung ialah gabungan antara 2 nombor.Jika simbol tambah mendahului operasi itu kemudian darab maka kita harus darab dahulu kemudian barulah kita tambah.Manakala,untuk operasi bergabung dengan tanda kurung pula kita harus selesaikan tanda kurung dahulu baru operasi yang tanpa tanda kurung

Rabu, 4 Mac 2015

Biodata saya

Hai,nama saya ialah Siti Aishah.Umur saya ialah 11 tahun.Saya bercita cita untuk menjadi seorang guru matematik dan sains.Hobi saya ialah membaca,bermain badminton dan menunggang basikal.Saya merupakan anak yamg pertama.Nama ayah saya ialah Mohd Noor dan nama ibu saya ialah Devi Wahyuni.Matlamat hidup saya ialah bebas.Tujuan saya membuka blog ini adalah untuk membantu kawan-kawan yang lemah dalam mata pelajaran sains,matematik,sejarah tahun 4 dan 5 dan teknologi maklumat dan komunikasi(TMK).Jika kawan-kawan ada masa lapang  atau tidak faham dalam satu subjek kawan-kawan boleh datang mengunjungi blog saya ini. :-)